Tuesday, September 21, 2010

Facebook Limit

Limit macam speed limit. Bukan ya rakan-rakan. Topic kali ni saje je bikin panas. Fesbuk seperti yang diketahui ramai memang mudah digunakan, menceriakan dan mengundang bahana pun banyak juga ya. So saya pun rasa dah lama nak publish post pasal mukabuku ni tapi asyik tergendala aje.

Few things I noticed about people utilizing their FB account nih. Memang lah dekat status update tu dia cakap "what's on your mind?" tapi that does not mean setiap satu perkara yang ada dalam benak kamu tu harus wajib kamu update. Ye kan? Tapi siapalah saya nak menghalang kamu. Dah nama pun account kamu. Type le apa yang kamu suka. Tapi pada saya biarlah apa yang kita cerita dekat rakan-rakan tu ditapis dulu.

Contoh 1:

Si A type dekat wall suaminya/isterinya si B "Ayang, I rindu kat you la.. Malam ni malam jumaat kan? Pakai wangi-wangi ya"

That kind of situation lah. Saya tak boleh la nak copy paste sebijik-sebijik apa yang telah saya nampak di FB saya tu. Nanti menjatuhkan maruah Si A dan juga Si B. Tapi nasihat saya pada Si A dan Si B, biarlah rahsia rumahtangga kamu tu terusss menjadi rahsia. Bukan la saya ni jealous ke apa dengan tahap kemesraan super duper trooper kamu tu tapi saya rasa jelek la bila baca status update macam tu.. Well, again this is just an example. Don't misinterpret this point ya? =)

Contoh 1 ni sepatutnya lebih mendalam. Tapi nanti saya takut orang tu terasa pulak. Maklumla blog ni direct link dengan FB kan. Saya nak bagi nasihat pun, dah hint dua tiga kali tapi masih tak jalan. Mungkin tak semua tahu cara mencari isi tersirat kot? Wallahu'alam. Apa-apa pun saya buat post ni bukan nak jatuhkan sesiapa tapi just utk remind diri sendiri. Harap-harap bila saya dah kemaruk berkeluarga nanti takde la setiap masa saya update status perhubungan saya dan suami.. hehe.

Contoh 2:

=(

Apa interpretation kamu dengan emoticon yang sebijik camni? Sudah pasti ramai yang berlumba-lumba nak comment status kamu kan? Akan ada yang concern dengan kamu dan tanya kenapa? etc.. Ada juga yang sendiri interpret based on your previous status updates. Ala-ala buat correlation gitu lah. Kalau mengena sasaran, baguslah. Tapi kalau tersasar boleh mengundang gaduh! Betul kan? Kamu sedih sebab A tapi ada orang yang ingat kamu sedih sebab B dan tanpa diduga orang lain buat comment yang tak kena dengan citarasa kamu. Dengan emoticon yang sebijik tu, mana mungkin orang boleh interpret perasaan kamu kalau tiada cerita sepenuhnya bukan? Makanya, wajarkah kamu utk terasa hati dengan comment-comment orang lain yang tak memenuhi citarasa kamu? Sendiri tanya sendiri jawab lah tuan-tuan dan puan-puan..

Contoh 3:

Tak guna pakcik ni.. Tak guna pakcik tu..

Haa yang ni sangat common.. Marah dengan pakcik moto yang kamu hampir nak langgar pagi tadi berbakul-bakul kamu update dekat facebook. Satu je soalan saya.. Pakcik moto tu ada dalam friend list kamu tak? Dia tahu tak kamu tengah marah membuak-buak dengan dia? Kalau ada baguslah, tapi kalau ada memang saya tabik spring la kan! So kalau jawapannya takde, kamu rase apa faedah yang kamu dapat dari status tersebut? Well, mostly akan ramai la orang yang mengapi-apikan kamu dekat comment section tu. Biasala manusia. Bila bercerita panas je, mesti ramai yang participate. Daripada kamu marah di scale 2/10 terus kamu cecah boiling point 10/10! Ting! Ting! Tahniah! Anda berjaya dapat tempat pertama gitu! Ha kan betul tu. So kesimpulannya, kalau marah tu tengokla ada faedah tak untuk kita update status kita macam tu.. Kadang-kadang memang la nak kongsi perasaan marah tu tapi kalau dah maki berbakul-bakul tu lain jadinya eh?

Contoh 4:

Govt makan duit rakyat! etc etc!

Oh tolong jangan sita blog saya eh. Saya bagi CONTOH aje tau! Golongan ni kalau ada dalam list kawan kamu memang sentiasa penuh la FB kamu. Macam-macam jenis link dia tampal di wall dia. Tapi yang syoknya kan, kamu beria-ia marah parti tu parti ni, tapi ade ke datuk-datuk, tan sri-tan sri tu dengar leteran kamu? Kalau ada baguslah, at least berbaloi la kamu update status hari-hari tu. Tapi kalau SUARA RAKYAT kamu tu tak sampai ke telinga pembesar-pembesar ni, apa faedahnya? So far I don't see any SIGNIFICANT impact pun on this thing. Berbakul-bakul kamu suarakan pendapat kamu pun, nobody listen. Except kaum-kaum yang sewaktu dengan kamu yang akan sama-sama menghangatkan topic yang kamu dah update kan tu.


Okeh. I'm not supposed to PERTIKAIKAN sesiapa di sini. Tapi ni semua observation sahaja. And also for my own note. Nanti bila dah jadi melayu-mudah-lupa punya spesis, boleh la baca balik post ni. hehe. For all 4 contohs, ada reason kenapa saya raise di blog ni... Sila lihat before kamu misinterpret point penulisan saya:

Reason 1: Like I mentioned in the contoh itself, some things are better left unsaid. Or lebih wajib lagi kalau saya cakap, hal rumahtangga toksah la cerita dekat facebook tu. Yang membahagiakan memang la disukai tapi hal-hal dalam selimut tu biarkan terus tinggal dalam selimut ya...

Reason 2: Kalau tengah sedih, jangan update status anda. Dah tentunya anda sedih, emosi anda ntah kat point negative mana dah. So bila orang comment, anda akan melantun ke point yang lagi negative. Cara terbaik, diam aje. Tak pun update la kejap (yeah sometimes writing helps to change your mood) then after a while delete balik post tu supaya takde orang misinterpret emosi kamu dan kamu pun kurang ber-emosi..

Reason 3: Same applies to this point. Memang lumrah la bila marah nak luahkan pada seseorang. Tapi ingatkan FB tu berorang-orang. Bukan seorang dua. Dan ingatlah bila kita tengah marah, ramai yang suka mengapi-apikan kita. Tanpa sedar, tahap marah yang tadinya minor dah jadi boiling point! Again, update sekejap kalau kamu rasa itu membantu kamu untuk meredakan kemarahan. Ataupun itu lah satu-satunya cara kamu meng express diri kamu. After a while delete la post tu. Tak elok rasanya asyik bagitau orang lain kamu marah. Orang pun tak suka kawan dengan kamu kalau asyik marah aje status kamu..

Reason 4: Yang ni susah nak kata. Saya pun belom ada solution untuk ini. Habis sangat saya HIDE aje orang ni dari status update tu. Hehe. So takde la sakit mata hari-hari mengadap politikalllllzzz (yes I don't like politics at all..) Cuma kalau ada yang terbaca ni, jangan lah jadi extreme sangat. Marah berbakul-bakul dekat kerajaan pun, kamu tu hidup lagi senang dari saya tau. At least kerajaan kita tak abaikan rakyat sepenuhnya macam kerajaan di Mauritania ni. Yang kaya tuh maha kaya dan yang miskin tu memang rumah pun tak ade.. So bersyukurlah seadanya......

Conclusion: I've done all 4 of the above (no 4 tu marah sebab income tax banyak sangat haha) and that was done before I came to my senses. I had a LONG discussion about FB misusage with my dad recently (ha anda jangan tak tau, papa saya pun ada FB juga tau! Long live my 67 years old papa!) and he pointed out some key things that we have to always remember about using our FB. Don't simply express your mind especially when it comes to your emotion. Kalau anda perasan early this month memang banyak post emosi saya.. Maklumlah tak dapat balik raya. Siap ada yang kena maki direct lagi. Not long after that I wrote an apology note to everybody and deleted the previous post. Well, I've been deleting my posts when I feel better. Sometimes bila marah kita bertindak ikut perasaan. So bila dah reda, kita delete la balik sambil rasa bodohnya saya ni.. benda mcm ni pun nak cerita dekat satu dunia kah? Kadang-kadang rasa malu dengan rakan-rakan yang baca post-post emosi saya tu. Sekarang saya cuba sedaya upaya untuk update yang happy-happy aje dan yang berfaedah. Yang emosi tu semua tolak tepi lah.. Say NO to negative energy!!

Ok, buat yang terasa dengan comment saya, maaf dipinta. Memang kita sebagai manusia tak patut pertikai apa tindakan orang. Tapi lumrah manusia biasa yang memang suka mengomel sana sini.. Saya ada HIDE beberapa orang dari status update tu sebab saya taknak nanti saya tercomment benda yang tak patut akibat dari status update anda. Jangan terasa hati ya. =)

p/s: corak penulisan dah berubah. bagus kah tidak bagus kah? Kamu rasa?

*cheers*

2 comments:

Dils said...

Heh. I reserved the rights to be emo at Twitter and Blog. But FB, I tend to only update once in a while sebab terlalu ramai for me to tell my feelings.

But your father has a point. I am trying to be less negative and less passive aggresive.

harni said...

Yupe.. Unless you create personal FB for yourself. Blog is okay coz we don't really know who read it but sometimes too much of emotions in the blog is not good either. Lama-lama orang malas nak baca blog kite pulak.. That's what I think anyway hehe..

I'm trying to do the same thing too. Less negative. Take whatever comes positively. Like this morning when I woke up ada msg yang kurang menyenangkan. I straight away told the person it's not a good start for me then we both apologized to each other. And now I'm about to end my day (its 4pm here) without any negative feelings! hooray~